Monday, June 16, 2014

Sakit Gastrik Atasinya Dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee Sebelum Kesan Yang Lebih Teruk Berlaku

Gastrik oh gastrik. Sakit ini walaupun nampak biasa namun boleh menjadi kronik jika dibiarkan dan  tidak di rawat dengan segera akan kesannya akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan berlaku.



Penyakit gastrik ini dilihat semakin berleluasa terutama apabila tiba bulan Ramadhan. Ramai pula yang memberikan alasan tidak berpuasa disebabkan gastrik. Jadi sebelum ia menjadi lebih parah saya ingin berkongsi pada anda apakah itu gastrik dan mengapa gastrik terjadi, tanda-tanda gastrik dan perkara yang perlu dielakkan agar gastrik tidak menyerang.

Apakah Penyakit Gastrik?

Tekanan (stress) rangsangan atau tindak balas kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat tindak balas setempat ini menyebabkan sesorang itu mendapat gasitris atau lebih dikenali sebagai gastrik.



Bagaimana Sakit Gastrik Ini Boleh Berlaku?

Selalunya penyakit gastrik ini terjadi apabila seseorang itu tidak mengikut waktu makan yang betul. Contohnya makan tengahari yang lewat. Perut dah lapar tapi dibiarkan sahaja hingga perut masuk angin. Selain itu mereka mengabaikan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah perkara penting untuk memastikan tubuh kita bertenaga. Terlalu sibuk bekerja hingga tidak sempat makan juga menjadi punca sakit gastrik.



Tanda-Tanda Seseorang Itu Menghidap Gastrik

- Selera makan hilang dan kurang nafsu makan.
- Masalah penghadaman berlaku dan perut menjadi tidak selesa.
- Rasa yang kurang selesa pada perut, perut memulas dan tambah sakit apabila makan.
- Mabuk, mual dan rasa loya.
- Badan terasa lemah dan kerap sakit kepala.
- Sakit perut dan badan penuh angin.

Rawatan Alternatif Cara Atasi Gastrik Dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee


SAKIT GASTRIK RAWATAN ALTERNAFTIF



Peppermint Ginger Plus adalah diperbuat daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains terkini. Campuran 4 herba yang dimaksudkan itu ialah Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis.

Secara klinikal Peppermint Ginger Plus ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah gastrik, masalah loya, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Kebaikan Serta Manfaat Utama Dalam Sebotol Peppermint Ginger Plus


Pudina 

- Membantu melegakan otot perut kerana ia mempunyai kesan penenang.

- Membantu dalam masalah sistem penghadaman.

- Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit, mabuk laut serta mabuk darat.

- Membantu melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan.

- Pudina juga merangsang mengeluarkan peluh apabila seseorang itu dijangkiti selesema ia mampu menyekat demam.

- Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membuatkan pemikiran yang lebih jelas dan tetap fokus.


Halia

Masyarakat cina telah menggunakan halia untuk perubatan lebih daripada 2 ribu tahun.

- Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.

- Membantu melegakan ketidakselesaan pada perut dan usus, ketika sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.

- Dapat menghalang muntah selepas pembedahan hasil kajian di United Kingdom.

- Berkesan untuk merawat mabuk laut.

- Berkesan dalam merawat serta mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan (travelling).


Pokok Adas

Orang-orang di Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga melegakan sakit perut, melegakan gejala flu dan juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.


Cekur Manis

Cekur Manis telah digunakan oleh orang-orang Mesir Purba sejak dulu lagi.

- Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.

- Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan.

- Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.

- Melegakan haba di musim panas dan lembat serta memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Cara pengambilan Peppermint Ginger Plus untuk merawat sakit gastrik ialah ambil 3 hingga 5 biji dilarutkan dalam air panas akan menjadi sepert teh herba.

Untuk melegakan sakit tekak dan batuk boleh ambil 2 biji untuk dihisap.


 4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gastrik

1. Elakkan mengambil makanan yang pedas dan juga biji cili jangan di makan.

2. Tidak digalakkan makanan segera, jeruk dan bercuka.

3. Kurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan lain-lain.

4. Jangan makan terlalu kenyang.



InsyaAllah pengambilan Peppermint Ginger Plus ini akan membantu anda mengatasi masalah gastrik dan masalah penyakit-penyakit yang lain.

Klik SINI untuk order ----> Peppermint Ginger Plus RM45 sebotol

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee untuk maklumat lanjut dan kolsultasi PERCUMA.

Sms / Whatsapp ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654

No comments: