Monday, September 29, 2014

Tips Minum Jus Untuk Lebih Sihat

Rahsia Ajaib Minum Jus



Salam hormat pembaca blog yang budiman..hari ni saya nak kongsikan kepada anda bagaimana dengan mengamalkan minuman jus dapat meningkatkan kesihatan kita.

Menurut kajian  di Malaysia, 70 peratus daripada rakyat kita mengikut semua kumpulan usia mengamalkan diet yang tidak sihat kerana pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mencukupi. Hanya 30 peratus rakyat Malaysia yang bersenam dan mengamlakan gaya hidup sihat.

Bandingkan dengan neraga maju yang lain seperti Jepun, Korea dan negara Timur Tengah, rakyat mereka hidup lebih lama kerana mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat. RAHSIAnya mereka sentiasa minum minuman jus buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Mengapa perlu minum jus? Ini kerana jus berasaskan buah dan sayur adalah sebagai pelengkap nutrisi kepada badan kita. Pengambilan buah dan sayuran dalam bentuk jus sangat membantu dalam pelbagai aspek bermula dari merawat jerawat sehingga penyakit kronik.

Minum jus juga adalah cara yang paling mudah untuk mendapat vitamin, mineral, fitokimia yang ada dalam buah dan sayur. Dengan adanya zat-zat ini mampu mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, diabetes dan sesetengah jenis kanser.

tips minum jus

GABUNGAN JUS UNTUK KESIHATAN ANDA

Mengamalkan jus sebagai langkah mencegah dan mengawal penyakit merupakan langkah yang bijak. Ketahui gabungan buah dan sayuran yang betul bagi membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik.

Masalah Jerawat 

Jus untuk dicuba bagi masalah jerawat
- Oren bersama mangga,
- Limau gedang bersama lobak merah,
- Tomato bersama lobak merah, epal, tembikai susu dan timun.

Masalah Diabetes

Jus untuk dicuba bagi masalah diabetes
- Epal bersama strawberi,
- Pear bersama plum,
Amalkan minum setiap hari untuk kekal sihat dan menurunkan kadar gula dalam darah.

Masalah Kanser

Jus untuk dicuba bagi masalah kanser
- Oren bersama epal atau kiwi bersama betik dan pear

Masalah Tekanan Darah Tinggi

Jus perlu dicuba bagi masalah tekanan darah tinggi
- Epal bersama timun dan saderi
- Jambu batu bersama saderi dan buah naga.

Masalah Sakit Mata

Jus untuk dicuba bagi masalah sakit mata
- Oren bersama epal dan lobak merah

Masalah Kolesterol Tinggi

Jus untuk dicuba bagi masalah kolesterol tinggi
- Avokado bersama nenas dan susu. Kemudian kisar bijirin penuh seperti oat ke dalam jus bagi meningkatkan pengambilan serat beta glucan.

Masalah Kesuburan

Jus untuk dicuba bagi meningkatkan kesuburan
- Jambu batu bersama saderi dn buah naga,
- Anggur bersama avokado, susu, madu
- Anggur bersama lobak merah

Masalah Obesiti

Jus untuk dicuba bagi masalah obesiti
- Oren bersama lemon dan saderi
- Oren bersama mangga dan pear.

InsyaAllah sampai di sini perkongsian saya dan selamat mencuba moga anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu,

No comments: