Friday, June 27, 2014

Assalamualaikum dan salam bahagia..Terima kasih kerana berkunjung ke blog Cara Kurus Saya. Pilihan tepat untuk anda yang nak kuruskan badan melalui konsultasi Pengedar Shaklee yang berpengalaman.

kurus cepat dalam seminggu


Sejak kebelakangan ini ada yang bertanya dan customer mengadu kenapa tak kurus juga setelah makan Set Kurus Shaklee ni? Sebelum ni pun saya dah biasa dengar masalah sebgini tetap tak berjaya kurus walaupun dan mencuba pelbagai produk kurus termasuk Set Kurus Shaklee ni.

Alah bisa tegal biasa, bagi menjawab persoalan ni saya juga dah kerapkali mengingatkan anda supaya ikut panduan yang saya berikan dengan betul supaya anda boleh kurus dan kekal langsing seperti yang anda impikan.

Inilah dia 8 punca-punca menyebabkan matlamat untuk kurus anda tak menjadi :-

1. Amalan Sarapan Pagi Ditinggalkan

Kajian telah menunjukkan anda yang tak mengambil sarapan pagi kesannya kita akan berasa sangat lapar dan akan makan dengan kuantiti yang banyak bila waktu makan tengahari. Disamping itu kadar metabolisma juga akan menurun akibat daripada amalan sarapan pagi yang ditinggalkan. Nak kurus tak semestinya anda perlu berlapar.

2. Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Faktor kedua yang menyumbang menyebabkan anda tak kurus-kurus juga ialah anda tidak mengamalkan makanan yang seimbang dan mengambil karbohidrat dan lemak yang terlalu tinggi bila makan. Jika karbohidrat tidak digunakan akan tersimpan sebagai lemak. Apabila lemak tersimpan maka peluang untuk kurus semakin tipis.

3. Makan Tak Ikut Jadual

Pastikan anda mengikut jadual makan yang tepat jangan terlalu sibuk bekerja sehingga terabai waktu makan anda. Bila dah lapar sangat-sangat anda akan makan terlalu banyak. Ikut jadual makan yang betul dan makanlah dengan kuantiti yang sedikit lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau betul nak kurus ikut ya..Tips sunnah makan buah-buahan dulu baru makan nasi sebabnya bila kita dah makan buah kita akan berasa kenyang jadi pengambilan nasi dan lauk dapat dikurangkan.

4. Kurang Bersenam

Bersenam sangat penting kerana ia mampu meningkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori. Dengan melakukan senaman yang kerap akan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Selain dapat kuruskan badan kesihatan anda juga bertambah lebih baik. Amalkan senanaman setiap hari sekurang-kurangnya luangkan masa 30 minit untuk bersenam.

5. Tidak Konsisten Makan Set Kurus Shaklee

Satu lagi masalah customer tidak konsisten bila makan vitamin ni asyik terlupa. Macammana nak kurus kalau tak ikut seperti yang disarankan. Makan vitamin ikut peraturan yang betul.

6. Tidak Tahu Kiraan Kalori Pemakanan

Anda perlu tahu jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Bagi orang dewasa lelaki jumlah kalori yang sesuai ialah 2000 hingga 2500 kalori. Manakala bagi perempuan pula mereka hanya memerlukan 1600 hingga 2000 kalori sahaja setiap hari.

7. Suka Minuman Manis Sebab Tak Suka Air Kosong

Jangan suka sangat minum minuman yang manis kerana air manis mempunyai nilai kalori yang tinggi tau. Amalkan minuman air kosong sekurangnya 8 gelas sehari.

8. Tidur Selepas Makan
Tabiat tidur selepas makan ini harus dielakkan maklumla kalau hari cuti tak bekerja lepas sarapan pagi je terus sambung tidur semula begitu juga keadaanya lepas makan tengahari pun tidur, kalau macam tulah gayanya macammana badan nak kurus jadi semakin montel ada la.

Cukup sampai di sini sahaja, kesimpulannya yang paling penting adalah diri anda harus berdisiplin untuk mencapai matlamat yang anda inginkan. Nak kurus kan? Jadi buatlah yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Jika berminat nak kurus dapatkan di sini ---> Set Kurus Shaklee 

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee untuk penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Kos pos bagi Semenanjung RM10 dan Sabah / Sarawak adalah RM20 sahaja.

Sms / Whatsapp hantarkan ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654 










Thursday, June 26, 2014

Bagaimana Cara Nak Kurus Dengan Vitamin Shaklee Ni?

Salam ceria kepada semua pembaca blog CaraKurusSaya. InsyaAllah hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai set kurus badan Shaklee. Set nak kurus badan tanpa perlu berlapar Shaklee ni terbahagi kepada 3 jenis set.

  1. Nak kurus tapi bajet boleh cuba Set Kurus Bajet Ekonomi terdiri daripada Alfalfa, Lecithin dan Herb-Lax.
  2. Nak kurus badan ada bajet lebih ambil Set Kurus Premium pula mengandungi Alfalfa, Lecithin, Herb-Lax dan Omega Guard.
  3. Bagi yang masyuk tu boleh ambil set paling lengkap nak kurus badan dengan Set Kurus Advance yang terdiri daripada Alfalfa, Lecithin, Herb-Lax, Omega Guard, Chinch dan ESP Shaklee.

set kurus shaklee


Untuk memastikan anda berjaya dalam nak kurus badan, 3 langkah mudah yang di buat oleh Shaklee iaitu :

Langkah 1, Buang atau Detox

Alfalfa dan Herb-Lax berfungsi untuk membuang lemak dan menyingkirkan toksin dalam badan.

Langkah 2, Bakar Lemak

Lecithin dan Omega Guard bertindak untuk membakar lemak berlebihan dan lemak-lemak degil dalam tubuh serta membantu untuk memecahkan lemak.

Langkah 3, Bina Badan

ESP dan Cinch membantu untuk membina otot dan kulit semasa dalam menurunkan berat badan supaya kulit tidak menggelebeh. ESP dan Cinch memberikan anda rasa kenyang dan bertenaga.


Selain anda dapat kurus manfaat lain yang akan anda perolehi ialah kulit lebih cantik berseri, menguatkan rambut dan kuku yang sihat, anti kanser, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan dan yang paling penting kesihatan anda meningkat dan bertambah lebih baik insyaAllah.

Nak lihat testimoni boleh? Boleh lihat testimoni set kurus Shaklee di sini ----> Testimoni Cara Kurus Shaklee

Berminat untuk order?

Klik SINI untuk order -->  Set Kurus Bajet Ekonomi
Klik SINI untuk order --> Set Kurus Premium
Klik SINI untuk order --> Set Kurus Lengkap

Kos penghantaran RM10 bagi Semenanjung dan RM20 bagi Sabah/Sarawak :)

Info lanjut serta konsultasi percuma sila hubungi saya.

Sms / Whatsapp hantar ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654




Friday, June 20, 2014

Cantik Berseri Secara Semulajadi Dengan Vitamin Shaklee

Terima kasih berkunjung ke blog CaraKurusSaya..Bercerita mengenai cantik berseri setiap wanita inginkan muka atau wajah yang cantik berseri. Siapa yang tak nak kelihatan cantik, betul tak? Baik wanita mahupun lelaki juga mesti nak sentiasa menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik dan berseri-seri.

Ramai yang sanggup berhabis duit untuk membeli produk kecantikan setiap bulan maklumlah nak cantik berseri punya pasal. Sekejap cuba produk kecantikan ni tak berkesan cuba pula produk kecantikan yang lain. Namun muka tak juga cantik berseri. Masalah jerawat, pigmentasi, parut dan lain-lain masih membelenggu diri kita.

Saban hari ada sahaja produk kecantikan yang terbaru muncul bagai fenomena alam tumbuh macam cendawan selepas hujan. Sebagai pengguna kadang-kadang berasa keliru adakah produk kecantikan yang di pasaran itu selama untuk kita gunakan? Elok-elok muka tak teruk sudahnya makin bertambah teruk langsung dah tak cantik,

Nak tak kalau saya kongsikan kepada anda produk kecantikan yang selamat, semulajadi dan berkesan agar impian untuk wajah yang cantik berseri tercapai dengan Set Kecantikan Shaklee?


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.


Mengapa Shaklee?

Shaklee adalah syarikat yang kini telah berusia lebih 58 tahun sejak penubuhan pada tahun 1956 telah menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan secara semulajadi yang terulung di dunia. 3 perkara yang Shaklee tawarkan kepada anda untuk memastikan bahawa Shaklee menjamin produk sentiasa Selamat, sentiasa Berkesan dan sentiasa Semulajadi bebas daripada bahan-bahan terlarang.


nak kulit cantik



Cantik Berseri Secara Semulajadi dengan Set Produk Kecantikan Shaklee 

Set Kecantikan Shaklee yang paling popular dan sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna ialah gabungan 4 vitamin iaitu Vitamin E, Vitamin C, B Complex dan ESP Shaklee.

Fungsi Vitamin E untuk Kecantikan Kulit 

- Memberi kesegaran dan menjaga keremajaan kulit
- Membantu melindungi kulit daripada sinaran ultra-ungu
- Menjaga dan mengawal kelembapan kulit.
- Bertindak menghapuskan radikal-radikal bebas yang merosakkan sel.

Fungsi Vitamin C untuk Kecantikan Kulit

- Mencerahkan kulit anda dan menyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan jeragat.
- Sebagai antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit daripada pencemaran udara dan lain-lain.
- Merangsang pembentukan kolagen untuk kulit tidak berkedut, menganjal, melicin dan menghaluskan kulit.

Fungsi Vitamin B Complex untuk Kecantikan Kulit

- Sebagai pelembap untuk melembapkan kulit.
- Membantu mencegah berlakunya pigmentasi.
- Melambatkan penuaan secara semulajadi.
- Mengubati masalah jerawat.

Fungsi ESP, Energising Soy Protein untuk Kecantikan Kulit

- Membina sel-sel baru dan membaik pulih sel-sel dan tisu yang rosak.
- Membantu menghilangkan kesan parut jerawat, jeragat, strech mark dan chicken pox.
- Menganjalkan payudara dan punggung anda serta menggebukan kulit.
- Kulit lebih tegang, halus, gebu dan berseri tanpa perlu bermakeup.

Hasil Kombinasi Produk Kecantikan Vitamin E, Vitamin C, B Complex dan ESP Menghasilkan :
  • Membantu mengurangkan kedutan dan pembentukan bintik-bintik dan garis-garis halus.
  • Mencegah penuaan, lebih muda dari usia sebenar.
  • Mencerahkan kulit.
  • Menjadikan kulit lebih kenyal dan elastik.
  • Menjaga kulit anda dari sinar UV.
  • Membuatkan wajah lebih bersinar dan bermaya.
  • Mengurangkan parut jerawat.
  • Menjadikan wajah anda lebih berseri secara alami.

Jom lihat testimoni-testimoni set produk kecantikan Shaklee di sini ---> Apa Kata Pengguna?



So, macamana? jika anda berminat untuk dapatkan kulit yang lebih cantik, sihat dan berseri secara semulajadi saya sangat mengsyorkan anda mencuba Set Produk Kecantikan daripada Shaklee ini.

Klik SINI untuk order ---> Set Kecantikan Shaklee

Hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi percuma daripada saya.

Sms / Whatsapp ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654

Tuesday, June 17, 2014

Apa itu Buasir dan Adakah Rawatan Alternatif Untuk Buasir Tanpa Menjalani Pembedahan?

Alhamdulillah terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai penyakit buasir yang akhir-akhir ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Saya juga ingin berkongsi dengan anda kaedah alternatif untuk rawatan buasir yang pastinya selamat, berkesan dan semulajadi.

Sebelum saya pergi lebih lanjut untuk merawat buasir ini kita patut tahu dulu serba sedikit mengenai penyakit buasir ini.



Apa Sebenarnya Buasir?

Buasir ialah salur darah vena yang membesar di bahagian permukaan bawah rektum dan dubur. Jika berlakunya radang atau bengkak masalah yang lebih besar akan terjadi. Buasir terbahagi kepada 2 bahagian iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir Dalaman

Salur darah vena yang membengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit buasir akan mengadu terjadi pendarahan setelah membuang najis tanpa merasa sakit.


Buasir Luaran

Salur darah vena yang membengkak di luar kulit dubur. Pesakit akan mengadu berasa sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Terasa tidak selesa, panas dan terasa amat pedih. Sakit yang kuat apabila salur darah terumbat oleh darah beku.


Mengapa Buasir Ini Terjadi Dan Siapakah Golongan Berisiko Diserang Sakit Buasir?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku ia boleh terjadi tidak kira faktor umur atau mana-mana individu. Buasir dikaitkan apabila kita meneran dan sembelit ketika membuang air besar. Rektum dan dubur menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.


7 Golongan Berisiko Mendapat Buasir


1. Selalunya terjadi kepada orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas.

2. Wanita mengandung semasa peringkat akhir kandungan kerana pembesaran janin berlaku menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan perubahan hormon.

3. Wanita berpantang juga di akhir waktu berpantang.

4. Orang yang mempunyai masalah sembelit.

5. Orang yang berdiri dalam tempoh waktu yang lama.

6. Individu berlebihan berat badan.

7. Orang yang selalu mengangkat benda berat.


Apakah Rawatan Buasir, Kaedah Untuk Mengelakkan Buasir dan Simptomnya?


Perkara Yang Patut Anda Lakukan



- Elakkan terjadinya sembelit.

- Anda disyor lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan, makan sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan bijirin.

- Jika anda makan roti atau bijirin pilihlah yang mengandungi bijirin penuh (wholemeal).

- Banyakkan minur air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

- Melakukan senaman setiap hari.

- Elakkan mengambil julap kerana akan menyebabkan cirit birit dan akan bertambah teruk buasir yang dialami.



Set Shakee Untuk Merawat Buasir - Set Lengkap

Set ini terdiri daripada Vivix, Alfalfa, B Complex, Ostematrix , Omega Guard, Vita-C, Zinc Complex dan Peppermint Ginger Plus. Kesemua vitamin ini memainkan peranan masing-masing dalam mengatasi masalah buasir ini.



Vivix Shaklee berfungsi untuk memperbaiki sel DNA yang menyerang sel tubuh kita dan meningkatkan kesihatan menyeluruh - (sangat disyorkan pilihan terbaik pesakit buasir tetapi tidak sesuai untuk ibu mengandung)

SAKIT BUASIR
HARGA RM 475.00 SEBOTOL


Alfalfa Complex bertindak untuk menjaga kebersihan usus dan memperbaiki masalah saluran penghadaman dan membantu mengurangkan tekanan pada rektum.

ALFALFA UNTUK BUASIR
HARGA RM53.75 SEBOTOL



B Complex dapat memperbaiki sistem pencernaan agar rektum tidak stress dan sebagai ubat tahan sakit yang berkesan.


B COMPLEX BANTU PESAKIT BUASIR
HARGA RM 53.75 SEBOTOL


Ostematrix sangat membantu untuk atasi sembelit iaitu dapat melembutkan najis supaya melancarkan pembuangan air besar dan memberi keselesaan apabila mengalami luka di bahagian dubur.

CARA KUATKAN TULANG
HARGA RM 61.00 SEBOTOL



Omega Guard berfungsi untuk mengecutkan otot yang membengkak disebabkan kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur.

kuatkan sistem imun
HARGA RM136.00 SEBOTOL


Vita-C Shaklee  bertindak untuk membantu dalam pemulihan dan pembekuan darah dan menghalang berlakunya pendarahan.

vitamin kulit cantik
HARGA RM92.50 SEBOTOL


Zinc Complex sangat berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran serta pemulihan luka selepas pembedahan. Caranya hancurkan Zinc dan taburkan kepada bahagian luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.



Peppermint Ginger Plus memberi kelegaan kepada anda mengurangkan kesakitan dan meningkatkan sistem pencernaan yang lebih baik boleh diminum sebagai teh herba hancur dan kacaukan dengan air.

HARGA RM 45.00 SEBOTOL

Jika mempunyai bajet yang lebih anda boleh memilih kesemua vitamin yang disyorkan ini namun jika anda kekurangan bajet anda tidak perlu mengambil kesemuanya.

Jom lihat testimoni-testimoni pengguna di sini ---> apa kata pengguna?

Klik SINI untuk order ---> Set Buasir

Sila hubungi saya Pengedar Sah Shaklee untuk info lanjut mengenai permasalahan / konsultasi percuma

Sms / Whatsapp hantar ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654









Monday, June 16, 2014

Gastrik oh gastrik. Sakit ini walaupun nampak biasa namun boleh menjadi kronik jika dibiarkan dan  tidak di rawat dengan segera akan kesannya akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan berlaku.



Penyakit gastrik ini dilihat semakin berleluasa terutama apabila tiba bulan Ramadhan. Ramai pula yang memberikan alasan tidak berpuasa disebabkan gastrik. Jadi sebelum ia menjadi lebih parah saya ingin berkongsi pada anda apakah itu gastrik dan mengapa gastrik terjadi, tanda-tanda gastrik dan perkara yang perlu dielakkan agar gastrik tidak menyerang.

Apakah Penyakit Gastrik?

Tekanan (stress) rangsangan atau tindak balas kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat tindak balas setempat ini menyebabkan sesorang itu mendapat gasitris atau lebih dikenali sebagai gastrik.



Bagaimana Sakit Gastrik Ini Boleh Berlaku?

Selalunya penyakit gastrik ini terjadi apabila seseorang itu tidak mengikut waktu makan yang betul. Contohnya makan tengahari yang lewat. Perut dah lapar tapi dibiarkan sahaja hingga perut masuk angin. Selain itu mereka mengabaikan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah perkara penting untuk memastikan tubuh kita bertenaga. Terlalu sibuk bekerja hingga tidak sempat makan juga menjadi punca sakit gastrik.



Tanda-Tanda Seseorang Itu Menghidap Gastrik

- Selera makan hilang dan kurang nafsu makan.
- Masalah penghadaman berlaku dan perut menjadi tidak selesa.
- Rasa yang kurang selesa pada perut, perut memulas dan tambah sakit apabila makan.
- Mabuk, mual dan rasa loya.
- Badan terasa lemah dan kerap sakit kepala.
- Sakit perut dan badan penuh angin.

Rawatan Alternatif Cara Atasi Gastrik Dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee


SAKIT GASTRIK RAWATAN ALTERNAFTIF



Peppermint Ginger Plus adalah diperbuat daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains terkini. Campuran 4 herba yang dimaksudkan itu ialah Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis.

Secara klinikal Peppermint Ginger Plus ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah gastrik, masalah loya, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Kebaikan Serta Manfaat Utama Dalam Sebotol Peppermint Ginger Plus


Pudina 

- Membantu melegakan otot perut kerana ia mempunyai kesan penenang.

- Membantu dalam masalah sistem penghadaman.

- Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit, mabuk laut serta mabuk darat.

- Membantu melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan.

- Pudina juga merangsang mengeluarkan peluh apabila seseorang itu dijangkiti selesema ia mampu menyekat demam.

- Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membuatkan pemikiran yang lebih jelas dan tetap fokus.


Halia

Masyarakat cina telah menggunakan halia untuk perubatan lebih daripada 2 ribu tahun.

- Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.

- Membantu melegakan ketidakselesaan pada perut dan usus, ketika sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.

- Dapat menghalang muntah selepas pembedahan hasil kajian di United Kingdom.

- Berkesan untuk merawat mabuk laut.

- Berkesan dalam merawat serta mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan (travelling).


Pokok Adas

Orang-orang di Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga melegakan sakit perut, melegakan gejala flu dan juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.


Cekur Manis

Cekur Manis telah digunakan oleh orang-orang Mesir Purba sejak dulu lagi.

- Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.

- Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan.

- Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.

- Melegakan haba di musim panas dan lembat serta memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Cara pengambilan Peppermint Ginger Plus untuk merawat sakit gastrik ialah ambil 3 hingga 5 biji dilarutkan dalam air panas akan menjadi sepert teh herba.

Untuk melegakan sakit tekak dan batuk boleh ambil 2 biji untuk dihisap.


 4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Gastrik

1. Elakkan mengambil makanan yang pedas dan juga biji cili jangan di makan.

2. Tidak digalakkan makanan segera, jeruk dan bercuka.

3. Kurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan lain-lain.

4. Jangan makan terlalu kenyang.



InsyaAllah pengambilan Peppermint Ginger Plus ini akan membantu anda mengatasi masalah gastrik dan masalah penyakit-penyakit yang lain.

Klik SINI untuk order ----> Peppermint Ginger Plus RM45 sebotol

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee untuk maklumat lanjut dan kolsultasi PERCUMA.

Sms / Whatsapp ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id Shaklee : 869654

Sunday, June 15, 2014

Bulan Ramadhan tiba lagi, seronoknya bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk mendapatkan ganjaran pahala ibadah berlipat kali ganda. Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna buat diri kita dan membawa rahmat buat semua.

Kali ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai panduan dan tips untuk pesakit diabetes dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.


Garis Panduan Untuk Pesakit Diabetes atau Kencing Manis Untuk Berpuasa

Sebelum Tiba Ramadhan

1Pesakit digalakkan mengamalkan puasa sunat untuk menyuaikan diri dengan pengambilan ubat-ubatan yang diambil sebelum tibanya waktu berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan meminta nasihat berkenaan ubat, insulin yang sesuai dan dos ubat yang betul semasa berpuasa.

3. Menjalani ujian darah untuk melihat paras glukosa.


Tips Semasa Berpuasa

1. Amalkan bersahur di hujung waktu sahur dan apabila berbuka mestilah di awal waktu.

2. Pastikan mengambil makanan yang seimbang dan karbohidrat yang mencukupi.

3. Elakkan pemakanan mengandungi gula yang tinggi.

4. Minum 8 gelas air kosong sehari untuk memastikan pengambilan cecair yang cukup.

5. Pengambilan makanan tinggi kolestrol dan lemak perlu dihadkan.

6. Hadkan juga pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi untuk elakkan risiko dehidrasi.

7. Amalkan pengambilan ubat dan insulin mengikut jadual yang betul seperti yang diarahkan oleh doktor kerana semasa berpuasa waktu pengambilan ubat dan insulin berbeza.

8. Ambil snek selepas solat terawih (waktu moreh) ambil sedikit kuih muih dan susu rendah lemak.


Set Berpuasa Shaklee untuk Pesakit Diabetes, Puasa Cara Sihat dan Kekal Bertenaga Bila Berpuasa

Di Shaklee menyediakan supplemen mengandungi nutrisi yang lengkap, vitamin dan mineral serta zat yang diperlukan untuk pesakit diabetes berpuasa sepanjang Ramadhan dengan lebih baik.

Set Mighty 3 Gems Shaklee untuk Pesakit Diabetes



Set ini mengandungi tiga supplemen yang penting iaitu ESP, MealShakes dan Perfomance Drink.

Mengapa set ini menjadi pilihan pesakit diabetes atau kencing manis?

1. ESP , Energizing Soy Protein

- Menyediakan 9 asid amino penting,kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

- ESP sangat sesuai diambil untuk semua peringkat umur tua dan muda juga kanak-kanak.

- Kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

- Mengekalkan paras gula dalam darah dan merendahkan paras kolestrol.

- Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.



2. Performance Drink Shaklee

- Minuman yang mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

- Meningkatkan daya ketahanan badan dengan cara memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat serta menggantikan air yang hilang.

- Membekal tenaga & Daya Ketahanan Fizikal : ia mengimbangi dan bekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh.

- Mencegah Penyahhidratan : mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda.

- Mengekalkan Paras Gula : Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang bagi tenaga otot dna percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.



3. Meal Shakes Shaklee

- Nutrisi Lengkap : Sediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu, kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dna mineral oleh tubuh kita.

- Antioksida : Mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

- Detoksifikasi : Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

- Rasanya yang lazat tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Klik SINI untuk order ---> Set Mighty 3 Gems

Kos penghantaran RM10 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah / Sarawak.

Sila hubungi saya Pengedar Sah Shaklee untuk info lanjut dan kolsultasi PERCUMA!

Sms / Whatsapp hantar ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id : 869654

Saturday, June 14, 2014

Alhamdulillah bulan Ramadhan tiba lagi. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana pada bulan ini diwajibkan untuk berpuasa. Namun ada juga dikalangan kita mengalami masalah untuk berpuasa disebabkan mengalami penyakit tertentu dan jangan jadikan badan lemah sebab letih ketika berkerja sebagai alasan untuk tidak berpuasa.

Kali ini saya berkongsi dengan anda mengenai Set Mighty 3 Gems Shaklee iaitu set untuk membekalkan tenaga berpanjangan ketika berpuasa di bulan Ramadhan.



Set Mighty 3 Gems ini terdiri daripada ESP, MealShakes dan Performance Drink Shaklee.

Jadi siapakah yang memerlukan Set Berpuasa Shaklee ini?

  1. Orang yang berpuasa dan yang menggantikan puasa.
  2. Lelaki dan wanita yang mengalami masalah gastrik.
  3. Pesakit kencing manis.
  4. Orang yang melakukan kerja berat.
  5. Ibu yang menyusukan bayi dan ibu mengandung.
  6. Orang bujang yang nak bersahur cara ringkas.
  7. Orang tua yang cepat penat dan susah nak makan.
  8. Kanak-kanak yang baru mula nak belajar puasa dan cepat penat ketika berpuasa.


Bagimana dan apakah kebaikan ketiga-tiga supplemen ini dapat membantu anda dalam menjalani ibadah puasa?

1. ESP Shaklee - Kaya dengan protein memberikan rasa kenyang yang lama dan tenaga yang berpanjangan. Mmepunyai kandungan indeks glisemik yang rendah sesuai untuk penghidap kencing manis. Juga memiliki 9 asid amino yang penting. Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak dan tiada kolestrol. Untuk ibu menyusu ESP adalah milkbooster walaupun anda berpuasa InsyaAllah ESP bantu menghasilkan susu yang lebih baik.


2. MealShakes Shaklee - Nutrisi yang lengkap dan juga multivitamin. Rasanya yang lazat juga memberikan rasa kenyang yang lama serta meningkatkan sistem imun.

3. Performance Drink Shaklee - Minuman ini bantu untuk mencegah penyahhidratan dan mengurangkan kehausan. Performance Drink juga membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Produk ini eksklusif untuk mereka yang menetap di kawasan tropika dan yang aktif dalam kerja harian.

Cara Pengambilan Set Mighty 3 Gems ini sepanjang Ramadhan

Waktu Bersahur - Ambil segelas ESP + MealShakes anda boleh campurkan kedua-duanya sekali.

Waktu Berbuka - Minum segelas Performance Drink.

Waktu Sebelum Tidur - Boleh minum segelas ESP atau Performance Drink.

Makanan yang sunnah juga jangan dilupa iaitu kurma dan juga banyakkan minum air masak sewaktu bersahur.

InsyaAllah sepanjang berpuasa dengan mengamalkan supplemen ini anda akan merasakan kesihatan tubuh badan akan lebih baik dari sebelum ini.

Harga untuk Set Mighty 3 Gems ini ialah RM346.25 tambah RM10 kos penghantaran bagi Semenanjung dan RM20 untuk Sabah / Sarawak.

Klik SINI untuk order ----> Set Mighty 3 Gems

Info Lanjut dan Konsultasi Percuma!
Sms / Whatsapp hantar ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id : 869654


Tuesday, June 10, 2014

INGIN KULIT CANTIK ?..Kecantikan dan Wanita Bagai Irama & Lagu Yang Tidak Dapat Dipisahkan

Setiap wanita inginkan kulit wajah yang cantik dan menarik termasuklah diri saya. Kita sanggup membelanjakan wang yang besar setiap bulan semata-mata ingin kelihatan kulit cantik dari segi dalaman dan luaran.

Sebenarnya kita nak cantik ni pun bukan untuk sesiapa hanya untuk suami juga. Takut suami cari yang lain kalau tak cantik. Produk untuk kecantikan di pasaran sememangnya banyak dan bermacam jenis produk yang kita boleh pilih namun anda harus berhati-hati tidak semua produk mendatangkan kebaikan ada juga yang boleh mendatangkan mudarat. Hajat nak cantik tidak kesampaian akibat kesan bahan kimia yang melampau kulit wajah menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

Oleh yang demikian saya ingin berkongsi kepada anda mengenai vitamin Shaklee yang membantu untuk kulit anda kelihatan cantik secara semulajadi yang telah dihasilkan dan dipasarkan ke seluruh dunia lebih daripada 50 tahun yang dulu.

Mengapa anda harus memilih vitamin Shaklee untuk mendapatkan kulit yang cantik?

1. Sentiasa Selamat  (Always Safe)

  • Setiap tahun Shaklee menjalankan lebih 83,000 ujian menentukan kualiti produk yang dihasilkan bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
  • Lebih 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
  • 100% kepuasan dan dijamin.


2. Sentiasa Berkesan (Always Works)
  • Lebih 300 juta USD dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk R&D.
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 kajian penerbitan.


3. Sentiasa Mesra Alam (Always Green)
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah dan juga bumi.
  • Tiada perasa dan pemanis tiruan.
  • Tiada ujian ke atas haiwan.
  • Tiada bahan kimia
  • Pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates dan dakwat toksik.

Jom kita lihat produk vitamin yang Shaklee tawarkan kepada wanita untuk cantik dan sihat secara semulajadi.




Set Kecantikan Shaklee ini adalah set yang terbaik untuk anda kelihatan cantik gabungan antara Collagen Powder Shaklee, Sustained Released Vita- C dan Vivix. Set ini sentiasa laris setiap bulan sebab ramai orang yang nak berkahwin jadi sebelum tibanya majlis mereka akan memiliki set cantik ini untuk persiapan lebih cantik di hari perkahwinan. 

Mari kita baca satu-persatu manfaat setiap vitamin cantik Shaklee ini.




Kebaikan Collagen Powder Shaklee Untuk Cantik, Tampak dan Rasa Lebih Muda

☑ Membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
☑ Bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
 Menjadikan kuku lebih sihat dan cantik dengan menghilangkan bintik putih
 Mengurangkan kesan parut dan menyembuhkan luka pada kulit dengan cepat.
☑ Membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan di muka, tapak tangan dan lain-lain.
☑ Menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang menjadi rapuh.
 Kolagen juga bantu untuk mengurangkan kesakitan dan geseran pada sendi.
☑ Sangat baik untuk mata. Kornea perlukan kolagen untuk mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
☑ Menegang dan menganjalkan payudara.
Harga runcit untuk Collagen Powder mengandungi 15 sachet ialah RM312 tahan penggunaan untuk sebulan dengan cara pengambilan collagen diambil 2 hari sekali.




                             Kebaikan Sustained Release Vita-C Shaklee Untuk Cantik
☑ Membentuk dan merangsang pembentukan kolagen asas otot, gusi, rangka, dan tulang rawan. Menguat dan menghalang otot menjadi lembik.
☑ Mencantikkan kulit dengan pengambilan Vitamin C setiap hari menjadikan kulit lebih cerah. Melambatkan penuaan dan menyekat pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama jeragat.
☑ Membantu memerangi kanser dan menghapuskan radikal bebas.
☑ Memperbaiki insomnia, stress dan masalah berkaitan mental seperti keresahan.
☑ Mengekalkan kolestrol sihat dan menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, skurvi dan penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin C.
☑ Meningkatkan sistem imun dengan pembinaan sel darah merah yang sihat dan penyerapan zat besi.
 Penyembuhan luka yang cepat mengatasi masalah kulit kering, kasar dan ruam.
Harga runcit untuk Sustained Release Vita-C Shaklee ialah RM92.50 mengandungi 180 biji tahan penggunaan selama 6 bulan. Cara pengambilan Vita-C ambil sebiji setiap hari




                                 Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Cantik Semulajadi
☑ Vivix ialah supplemen anti penuaan terbaik di dunia melawan penuaan pada tahap sellular.
☑ Melindungi dan membaiki kerosakan sellular DNA.
☑ Memberi impak yang positif kepada pengawalan genetik untuk melambatkan penuaan.
☑ Menggalakkan biogenesis pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
☑ Melambatkan pembentukan protin AGE dimana ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol.
☑ Memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kuatkan imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan kesihatan yang menyeluruh.

Saksikan video mengenai Vivix ini :-


Harga runcit untuk Vivix Shaklee memang sangat mahal dan merupakan supplemen termahal Shaklee kerana insyaAllah membantu merawat pelbagai penyakit kronik dan kanser. Harga bagi sebotol Vivix ialah RM475 SAHAJA tahan selama 2 bulan. Cara pengambilan Vivix satu sudu teh setiap hari.

Untuk kelihatan lebih cantik secara semulajadi anda patut mencuba Set Kecantikan Shaklee ini. Bukan sahaja cantik malah kesihatan anda akan bertambah baik sepanjang masa. InsyaAllah perubahannya akan anda rasa setelah menggunakan produk Shaklee.

Harga untuk Flawless Beauty Set Shaklee ini ialah RM865.50 untuk anda miliki agar lebih cantik berseri semulajadi.

Klik SINI untuk order ----> Flawless Beauty Set

Kos penghantaran RM10 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah/Sarawak.

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA! Sila,
Sms / Whatsapp ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id : 869654




Monday, June 9, 2014

Ramai kaum ibu yang selepas bersalin mengadu apabila melahirkan anak kemudian sesudah habis berpantang mereka mengatakan berat badan semakin naik, badan jadi kembang dan menggelebeh. Sedangkan anak baru sorang tapi badan macam dah 5 orang anak.

Bagaimana ni? Saya nak kuruskan badan selepas bersalin tapi apakah caranya? Boleh ke badan kurus kembali ke bentuk asal macam dulu? Ada tak cara kurus cepat selepas bersalin ni?

set ibu slimming


InsyaAllah boleh..saya nak kongsikan kepada anda mengenai cara kurus cepat dengan Shaklee untuk Ibu Menyusu. Bukan sahaja boleh kurus dan langsing malah susu badan bertambah dan baby anda akan puas bila menyusu. Juga boleh buat stok susu untuk ibu yang bekerja.

"Alhamdulillah Yati..doktor terkejut dan hampir tak kenal sebab tengok aku kurus lepas seminggu bersalin, dulu masa mengandung badan sikit punya bulat dan kembang, syukur Set Shaklee memang banyak membantu."

- Pn. Haryani, Taiping Perak -


"Adik, saya nak beritahu ni lepas berpantang kawan-kawan di pejabat ramai yang kata saya ni tak nampak macam lepas beranak, nampak slim dan semakin cantik."

- Pn. Suguna, Cheras -

Ini antara testimoni customer yang ambil Set Kurus Cepat Shaklee untuk Ibu Menyusu.

Ok mari kita lihat apakah manfaat dan kebaikan serta bagaimana Set Kurus untuk Ibu Menyusu berfungsi.




Kebaikan dan Manfaat ESP Shaklee

- Sebagai sumber protein terbaik untuk ibu memberikan rasa kenyang dan membantu untuk kuruskan badan.

- Membuatkan ibu lebih bertenaga kerana ESP dapat membekalkan tenaga yang berterusan.

- Menjadikan susu ibu lebih pekat dan berkualiti.

- Berfungsi sebagai "Milkbooster" untuk menghasilkan kuantiti susu yang lebih.

- Mengenyangkan bayi.

- Menganjalkan payudara dan mencantikkan kulit.

- Mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin
.
- Membantu menghilangkan kesan-kesan parut selepas bersalin.

- Menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko kanser.

- Menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan jantung serta banyak lagi.


Kebaikan dan Manfaat Alfalfa Complex Shaklee

- Membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol untuk kuruskan badan.

- Untuk detoks membuang toksin dalam badan.

- Tentunya sebagai "Milkbooster" untuk banyakkan susu badan.

- Memulihkan urat selepas bersalin dan memberikan kelegaan semasa haid.

- Membesar dan menegangkan payudara

- Mencuci hati darah dan usus.

- Mencegah dan merawat artritis/gout.

- Melegakan rasa kebas, sakit sendi dan keletihan serta banyak lagi..


Kebaikan dan Manfaat Lecithin Shaklee

- Bakar dan memecahkan lemak sangat membantu dalam kuruskan badan.

- Mengurangkan sembelit.

- Menegangkan dan melembutkan kulit.

- Mencantikkan otot dan kulit.

- Menurunkan paras kolestrol dan serum.

- Melindungi hati.

- Menghalang tekanan darah tinggi.

- Membuang asid yang tidak diperlukan oleh tubuh serta banyak lagi khasiatnya.

Secara keseluruhannya pelbagai manfaat yang akan anda dapat bagi Ibu Menyusu yang nak kuruskan badan dengan penggunan Set Kurus Ibu Menyusu ini.

Cara pengambilan bagi Set Kurus untuk ibu menyusu ni akan saya terangkan kemudian ye..

Sekali lagi jom kita lihat testimoni bergambar ini pula..





Jadi sampai sini sahaja perkongsian cara kurus cepat selepas bersalin bagi ibu yang menyusukan baby. Anda wajib mencubanya InsyaAllah saya doakan berhasil.

Klik SINI untuk order ----> Set Kurus Ibu Menyusu

Info lanjut dan konsultasi PERCUMA!
Sms / Whatsapp hantar ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
Id : 869654










Saturday, June 7, 2014

Nak Kuruskan Badan Tapi Kurang Bajet? Dapatkan Set Kurus Bajet Shaklee Ni..

Anda nak kuruskan badan dah cuba macam-macam produk tapi kurang berkesan. Disini saya kongsikan pada anda mengenai Set Kurus Bajet Shaklee gabungan antara tiga supplemen yang berkesan untuk kurangkan berat badan dalam tempoh sebulan.



Set kurus ni terdiri daripada gabungan Herb-Lax, Lecithin dan Alfalfa Complex Shaklee. Ketiga-tiga supplemen ni akan membantu anda untuk diet secara sihat bagi menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.



Berapakah harga Set Kurus Bajet Shaklee ni?

Harga untuk Set Bajet ni hanya RM158 tambah RM 10 untuk kos pos bagi Semenanjung dan RM 20 bagi Sabah / Sarawak.

Klik SINI untuk order ----> Set Kurus Bajet

Info lanjut dan konsultasi PERCUMA!
Sms / Whatsapp hantarkan ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
id : 869654

Friday, June 6, 2014

Kebanyakkan ibu bapa mahu anak mereka menjadi lebih bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Jadi ibu bapa sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuk menjadikan anak mereka lebih bijak, pintar dan sihat dengan memastikan pemakanan yang berkhasiat dan juga dengan memberikan makanan yang menguatkan minda anak-anak seperti kismis, kurma, kekacang dan banyak lagi.



Anak-anak perlu diberikan makanan yang terbaik sejak kecil lagi. Pemakanan yang seimbang dan makanan yang kaya dengan antioksidan dapat membantu meningkatkan memori, pergerakan motor dan keseimbangan tubuh anak anda.

Pemakanan yang baik ini bukan sahaja untuk pekembangan anak-anak malah untuk memastikan anak-anak mendapat kesihatan yang lebih baik.

Alhamdulillah Shaklee menyediakan makanan tambahan yang bagus untuk diberikan kepada anak anda. Anak saya juga mengamalkannya kesan yang positif dapat dilihat dengan kesihatan anak yang memuaskan juga dalam perkembangan pelajaran.

Saya berikan 3 makanan tambahan daripada Shaklee iaitu Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vitamin C untuk memastikan anak saya sentiasa sihat dan minda anak sentiasa berkembang dan meningkatkan fokus dalam pembelajarannya.

Jom saya kongsikan kepada anda apakah manfaat untuk Set Vitamin Untuk Kanak-Kanak ni..




Kebaikkan Chewable Vitamin C Untuk Anak Anda
- meningkatkan sistem imun anak.
- bersifat antioksidan.
- menguatkan gigi dan gusi serta untuk kesihatan tulang.
- meningkatkan penyerapan zat besi.



Kebaikkan Omega Guard Shaklee Untuk Anak Anda
- membantu dalam perkembangan otak janin dan bayi yang dilahirkan (amalkan ketika mengandung)
- kaya dengan Omega-3
- mengandungi EPA dan DHA yang dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
- meningkatkan sistem imun anak anda dan menyihatkan paru-paru.
- meningkatkan kesihatan anak yang autisme dan kanak-kanak hiperaktif.



Kebaikkan Meal Shakes Shaklee untuk Anak Anda
- nutrisi yang lengkap untuk anak dapat menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang perlu.
- membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
- antioksida yang bertindak melawan jangkitan penyakit.
- membina sel-sel darah merah yang sihat untuk kulit yang lebih cantik.
- meningkatkan selera makan anak.
- sarapan yang berkhasiat.

Cara pengambilan vitamin untuk kanak-kanak ni mulakan dengan Meal Shakes sebagai sarapan yang berkhasiat untuk anak anda sebelum ke sekolah. Selepas makan tengahari ambil sebiji Chewable Vitamin C dan sebiji Omega Guard selepas makan malam.

InsyaAllah anak-anak anda akan lebih sihat dan bijak serta tidak mudah mendapat penyakit seperti demam dan selsema. Anak-anak yang dihantar ke taska juga lebih selamat kerana sistem imun anak anda lebih kuat dengan pengamalan makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.
Anak sihat, ibu gembira. Moga usaha kita untuk membesarkan anak dengan baik dapat dicapai.

Harga untuk set ini ialah RM287.25 tambah RM10 untuk penghantaran bagi Semenanjung dan RM20 untuk penghantaran ke Sabah / Sarawak.

Harga Chewable Vitamin C ialah RM37.50 sebotol mengandungi 90 biji tahan selama 3 bulan.
Harga Omega Guard ialah RM136 sebotol mengandungi 90 biji tahan untuk 3 bulan juga.
Harga untuk Meal Shakes ialah RM113.75 berat 544gm tahan sebulan setengah.

Klik SINI untuk order ----> Set Shaklee Untuk Minda Kanak-Kanak

Untuk info lanjut dan konsultasi PERCUMA!
Sms / Whatsapp hantar ke 012-9760024
Nor Hayati Ramli
id : 869654